Wednesday, August 10, 2011

MINTALAH DGN ALLAH

MINTALAH DENGAN ALLAH.

Cerita ni sy ambil dr blog ni>>http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/03/mintalah-dengan-allah.html....maaf ye sy cilok...sbb sy sukerlah isinye...moga jd panduan pd kt semua..insyaAllah..


Di dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah… 12.15 tengahari.
“Cukup tak 2 ringgit?” Saya bertanya kepada Nabilah dan Husna tentang duit belanja sekolah.
“Cukup, Abah” Jawab mereka berdua.
“Kalau nak lebih bagus, jangan habiskan duit tu. Simpan sikit tau, masuk tabung” Saya mencadangkan kepada anak-anak saya.
“Kalau tak cukup, mintalah dengan ALLAH. Jangan minta dengan Abah lagi, minta dengan ALLAH dulu.” Saya menyambung lagi.
“Macam mana pulak minta dengan ALLAH? Takkan ALLAH nak bagi duit jatuh dari langit?” Husna bertanya kehairanan.
“Mintalah dari ALLAH. Nanti insyaALLAH, ALLAH akan beri duit tu pada Abah. Bolehlah Abah bagi kat Nabilah dan Husna” Saya menjawab pertanyaan Husna.
“Tak fahamlah Abah” Husna bertanya kembali. Nabilah pula mendengar dengan teliti. Berbanding Husna, kakaknya Nabilah memang tidak banyak cakap. Nabilah lebih suka mendengar.
“Begini, jika Nabilah dan Husna minta kepada ALLAH, nanti insyaALLAH ALLAH akan bagi rezeki yang baik kepada Abah. Bila Abah dapat rezeki, ada duit yang lebih, jadi Abah bolehlah bagi duit tu kat Nabilah dengan Husna.”Jelas saya mengharapkan mereka faham.
“Oooo… macam tu.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab sambil mengangguk senyum.
“Takkanlah ALLAH nak bagi duit dari langit kat Abah…” Gurau saya.
“Hehehe… ye tak ye jugak” Husna tertawa, diikuti Nabilah.
“Tapi kalau ALLAH nak bagi duit tu dari langit, boleh tak? Tentulah boleh kan… Sebab ALLAH Maha Kuasa, ALLAH boleh buat apa sahaja yang ALLAH nak. Tapi, ikutkan lojik dan cara yang biasa, ALLAH tak bagilah macam tu kan…” Saya memberikan penjelasan lanjut supaya mereka dibajai iman bahawa ALLAH Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja.
Nabilah dan Husna mengangguk sekali-sekala.
“Anak-anak Abah, kita ni kalau nak minta apa-apa, mintalah dengan ALLAH, jangan minta dari orang lain. Minta dengan ALLAH dulu. Cuba Nabilah dan Husna fikir, ni Abah tengah bawa kereta ni, tiba-tiba kalau kereta rosak di tengah jalan, macam mana? Haaa… Abah akan do’a minta pada ALLAH agar ALLAH beri pertolongan dan permudahkan Abah. Mungkin ALLAH akan gerakkan orang yang lalu-lalang di situ untuk tawarkan pertolongan, mungkin…” Jelas saya.
“Dan kalaulah ada motor atau kereta lain rosak di hadapan sana, dan orang tu doa kepada ALLAH. Nanti ALLAH akan campakkan rasa kasihan dan lapang masa kepada Abah atau orang-orang lain yang akan lalu di kawasan itu untuk bantu orang tu…insyaALLAH” Tambah saya memberikan penjelasan sambil memandu kereta untuk menghantar Nabilah dan Husna ke sekolah kebangsaan sesi petang.
“Kalau Husna nak buku cerita pun, minta dengan ALLAH?’ Tiba-tiba Husna mencelah untuk menduga.
“Ya, mintalah dengan ALLAH dulu. InsyaALLAH, mungkin ALLAH akan beri ilham dan lembutkan hati Abah untuk membelinya, malah diberi pula kelapangan dari sudut kewangan oleh ALLAH kepada Abah. Jadi, dapatlah Abah beli buku cerita untuk Husna.” Jawab saya.
“OK, kalau macam tu Husna nak doa kat ALLAH lah… hehehe…” Segera Husna merespon dengan nada yang riang. Nabilah ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan.
“Dan kalau Nabilah dan Husna sakit atau pening, mintalah dari ALLAH untuk sembuhkan sebelum dapatkan ubat. Sebab DIA sahaja yang mampu menyembuhkan. DIA dengar, DIA tahu… Jadi, anak-anak Abah, mintalah dengan ALLAH kalau hendak apa-apa ye…” Sambung saya sambil memberikan kesimpulan.
… … …
“Cakaplah lagi…!!!” Tiba-tiba Faisal bersuara. Rupa-rupanya Faisal yang duduk di barisan paling belakang kereta sejak dari tadi mendengar perbualan kami bertiga tanpa bersuara. Ingatkan dia sibuk buat kerjanya di belakang sana.
“Haaa…macam Faisal, kalau Faisal nak mainan ke, coklat ke, gula-gula ke, Faisal mintalah dengan ALLAH.” Ujar saya sambil menjeling cermin pandang belakang untuk melihat Faisal.
“Takkan Faisal nak terbang kat atas awan nak jumpa ALLAH? Faisal tak pandai terbang…” Faisal yang berumur genap 4 tahun merespon dengan selamba.
“Oh, Faisal tak payah terbang. Faisal doa je kat ALLAH. Faisal tadah tangan, mintaklah pada ALLAH apa-apa yang Faisal nak. InsyaALLAH nanti ALLAH akan beri rasa sayang Abah kat Faisal, rasa kesian Abah kat Faisal, lepas tu nanti bolehlah Abah belikan untuk Faisal apa-apa yang Faisal bagitau kat ALLAH, insyaALLAH…” Respon saya kepada Faisal.
Mulalah Faisal senaraikan apa-apa yang dia mahukan. Dia kata nak itu, nak ini. Saya katakan padanya, “Faisal mintalah dengan ALLAH ye…”.
“OK Nabilah, Husna… dah sampai sekolah dah ni…” Nabilah dan Husna pun bersiap-siap dan bersedia meninggalkan saya, uminya, Faisal dan Jannah di dalam kereta, mengorak langkah ke sekolah.
Oh ALLAH, KAU peliharalah anak-anakku, amin…

No comments: