Wednesday, August 10, 2011

Blog putera saya

hai..ni add putera sy...ni semua idea abah dielah ni...aishhh....ikutkan jelah buat utk ank kesayangan kami ni..ni alamatnya..http://irfanhakimi.blogspot.com....ada masa jenguk2lah di situ ye..:)

PUTERA DI HATI KAMI..:)...4 BLN LEBIH...LUV U YAYANG..



DOA DARI AL-QURAN UNTUK KEBAIKAN ZURIAT





Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2
Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia. Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.
Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?
Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik. Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka. Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH. Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.
Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan, ayat 74. Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.
Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik dari al-Quran yang mulia. Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)



رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)


رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.
wAllahu Ta’ala A’lam.

MINTALAH DGN ALLAH

MINTALAH DENGAN ALLAH.

Cerita ni sy ambil dr blog ni>>http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/03/mintalah-dengan-allah.html....maaf ye sy cilok...sbb sy sukerlah isinye...moga jd panduan pd kt semua..insyaAllah..


Di dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah… 12.15 tengahari.
“Cukup tak 2 ringgit?” Saya bertanya kepada Nabilah dan Husna tentang duit belanja sekolah.
“Cukup, Abah” Jawab mereka berdua.
“Kalau nak lebih bagus, jangan habiskan duit tu. Simpan sikit tau, masuk tabung” Saya mencadangkan kepada anak-anak saya.
“Kalau tak cukup, mintalah dengan ALLAH. Jangan minta dengan Abah lagi, minta dengan ALLAH dulu.” Saya menyambung lagi.
“Macam mana pulak minta dengan ALLAH? Takkan ALLAH nak bagi duit jatuh dari langit?” Husna bertanya kehairanan.
“Mintalah dari ALLAH. Nanti insyaALLAH, ALLAH akan beri duit tu pada Abah. Bolehlah Abah bagi kat Nabilah dan Husna” Saya menjawab pertanyaan Husna.
“Tak fahamlah Abah” Husna bertanya kembali. Nabilah pula mendengar dengan teliti. Berbanding Husna, kakaknya Nabilah memang tidak banyak cakap. Nabilah lebih suka mendengar.
“Begini, jika Nabilah dan Husna minta kepada ALLAH, nanti insyaALLAH ALLAH akan bagi rezeki yang baik kepada Abah. Bila Abah dapat rezeki, ada duit yang lebih, jadi Abah bolehlah bagi duit tu kat Nabilah dengan Husna.”Jelas saya mengharapkan mereka faham.
“Oooo… macam tu.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab sambil mengangguk senyum.
“Takkanlah ALLAH nak bagi duit dari langit kat Abah…” Gurau saya.
“Hehehe… ye tak ye jugak” Husna tertawa, diikuti Nabilah.
“Tapi kalau ALLAH nak bagi duit tu dari langit, boleh tak? Tentulah boleh kan… Sebab ALLAH Maha Kuasa, ALLAH boleh buat apa sahaja yang ALLAH nak. Tapi, ikutkan lojik dan cara yang biasa, ALLAH tak bagilah macam tu kan…” Saya memberikan penjelasan lanjut supaya mereka dibajai iman bahawa ALLAH Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja.
Nabilah dan Husna mengangguk sekali-sekala.
“Anak-anak Abah, kita ni kalau nak minta apa-apa, mintalah dengan ALLAH, jangan minta dari orang lain. Minta dengan ALLAH dulu. Cuba Nabilah dan Husna fikir, ni Abah tengah bawa kereta ni, tiba-tiba kalau kereta rosak di tengah jalan, macam mana? Haaa… Abah akan do’a minta pada ALLAH agar ALLAH beri pertolongan dan permudahkan Abah. Mungkin ALLAH akan gerakkan orang yang lalu-lalang di situ untuk tawarkan pertolongan, mungkin…” Jelas saya.
“Dan kalaulah ada motor atau kereta lain rosak di hadapan sana, dan orang tu doa kepada ALLAH. Nanti ALLAH akan campakkan rasa kasihan dan lapang masa kepada Abah atau orang-orang lain yang akan lalu di kawasan itu untuk bantu orang tu…insyaALLAH” Tambah saya memberikan penjelasan sambil memandu kereta untuk menghantar Nabilah dan Husna ke sekolah kebangsaan sesi petang.
“Kalau Husna nak buku cerita pun, minta dengan ALLAH?’ Tiba-tiba Husna mencelah untuk menduga.
“Ya, mintalah dengan ALLAH dulu. InsyaALLAH, mungkin ALLAH akan beri ilham dan lembutkan hati Abah untuk membelinya, malah diberi pula kelapangan dari sudut kewangan oleh ALLAH kepada Abah. Jadi, dapatlah Abah beli buku cerita untuk Husna.” Jawab saya.
“OK, kalau macam tu Husna nak doa kat ALLAH lah… hehehe…” Segera Husna merespon dengan nada yang riang. Nabilah ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan.
“Dan kalau Nabilah dan Husna sakit atau pening, mintalah dari ALLAH untuk sembuhkan sebelum dapatkan ubat. Sebab DIA sahaja yang mampu menyembuhkan. DIA dengar, DIA tahu… Jadi, anak-anak Abah, mintalah dengan ALLAH kalau hendak apa-apa ye…” Sambung saya sambil memberikan kesimpulan.
… … …
“Cakaplah lagi…!!!” Tiba-tiba Faisal bersuara. Rupa-rupanya Faisal yang duduk di barisan paling belakang kereta sejak dari tadi mendengar perbualan kami bertiga tanpa bersuara. Ingatkan dia sibuk buat kerjanya di belakang sana.
“Haaa…macam Faisal, kalau Faisal nak mainan ke, coklat ke, gula-gula ke, Faisal mintalah dengan ALLAH.” Ujar saya sambil menjeling cermin pandang belakang untuk melihat Faisal.
“Takkan Faisal nak terbang kat atas awan nak jumpa ALLAH? Faisal tak pandai terbang…” Faisal yang berumur genap 4 tahun merespon dengan selamba.
“Oh, Faisal tak payah terbang. Faisal doa je kat ALLAH. Faisal tadah tangan, mintaklah pada ALLAH apa-apa yang Faisal nak. InsyaALLAH nanti ALLAH akan beri rasa sayang Abah kat Faisal, rasa kesian Abah kat Faisal, lepas tu nanti bolehlah Abah belikan untuk Faisal apa-apa yang Faisal bagitau kat ALLAH, insyaALLAH…” Respon saya kepada Faisal.
Mulalah Faisal senaraikan apa-apa yang dia mahukan. Dia kata nak itu, nak ini. Saya katakan padanya, “Faisal mintalah dengan ALLAH ye…”.
“OK Nabilah, Husna… dah sampai sekolah dah ni…” Nabilah dan Husna pun bersiap-siap dan bersedia meninggalkan saya, uminya, Faisal dan Jannah di dalam kereta, mengorak langkah ke sekolah.
Oh ALLAH, KAU peliharalah anak-anakku, amin…

Wednesday, April 13, 2011

~~Kehadirannya..yg dinanti-nantikan~~

Alhamdulillah akhirnyer putera yg kami nanti2kan...telah selamat dilahirkan pada 17mac 2011 (10 hari slpas bday mama die ni..huhu),12.16am di HUKM..Bandar tun razak...sama tmpt kelahiran dgn mama die okek..hehe


15Mac


Due date sa smapai..alamak bb xmau keluar...tp smlm da mula sakit pinggang..n nk jln pun pyah..tp buat2 bese2lagi..smpailah mlm tu..rsa cam ada sst keluar lg byk sejak dr hari jmaat tu..igt bnda tu keluar sbb yg hptl putrajaya buat...chat2 dgn kakcik mlm tu..kakcik kata...tulah tndanya..so pkul 10 lbh camtu lps masak nasi...suami bwa ke hpital serdang...kat sana dkt cek bru 1cm katanye..die soh blik dlu...tp ktanye ctraction da kuat..so kami pun blik uma dlu..


16Mac

pkul lbh pg camtu rsa perut sgt2lh memulas..plus pggang mcm nk tercabut...smbil skit tu msg2 ngn liza ict..tyer betul ke tu skit bslinnyer..liza kter kalu xthn pi je hpitl..so msa tu kejutkn suami...terus ke hptl putrajaya...dktr cek2 still lg 1cm..n kene msk 2 btol air msa tu...ktanyer jtung bb da lemah..n ctraction kuat..tp die soh ke hptl kjg..msa tu blaku sdkit perblahan suami dgn dktr kat situ sbbnyer...diorg still xmau terima sdgkan jtung bb da lmah...so terus amik kptsn blik ke uma dlu..tpii alih2 smpai je parking kat uma..mkin skit plak perut..terus ckp dgn suami nk ke hukm...msa pjlanan ke sana langgar bggol skit punda trsa skit yg amat2...
So smpai hukm plak...tmpt register tu tyer nk booking lom..alamak..dlm ati kter kene booking ke...ni da sakit sgt2 ni camne kalau die xbg ni...tp lps tjuk GL...die kata xpelah kami check dlu..alih2 check ...still 1 cm..tp ctraction tu xsma dgn bukaan sbb ctraction da kuat sgt..so terus kene admit kat hukm pg2 pkul 5lbh tu..so lps anta ke sana suami pun balik uma dlu...tggallah sy srg2 nahan skit..Pkul 8lbh pgi cam bese dktr pakar bersama segerombolan dktr2 pelatih nk check pesakit..alih die tgok carta ctraction..die kter dgn student die..yg ini kt jgn kacau sbb ctraction die tgh kuat ni..dlm ati..uit legenye...:)Lps pd tu dktr pakar tu bg arahan pd sorg dktr ni utk tgok bukaan the latest...dktr tu tgok2 bru 2cm..die kater dlm tgh ari kalau buka 4 cm die nk pecahkan ketuban..so masa thh ari tu diorg xcek2lgi.,..so apa lg menahan lg lah jwbnye..Alih2 pkul 4 lbh tu..dktr nk tgok ctg..die cam gelabah...msa tu mak,kakcik,alang n suami ada kat situ...tetiba dktr pggil nurse n mta tyerkn labor room ada kosong ke x..nurse jwb xde..n dktr tu kter kalu gitu kt kene pkai jugak labor room yg emergency pyer...smbil tu dktr amek drh...plak msa amik darah dktr tu gelabah kot...die blh tersalah cucuk ..so msa tu abis ktil penuh dgn drh..alih2 nurse nk pi booking blik tu tetiba die kter ada 0 lg..kat yg bese pyer...so msa tu bgegas ke blik khas utk dktr pecahkn air ketuban...lps je dktr pchkn air ketuban,trus naik kerusi roda dgn air yg meleleh tu utk kelabor room..msa tu da buka 4cm..dgn bergegasnye pkerja hpitl tu tolk..rsa cm citer x-files lah plak...msuk2 je kene sound dgn nurse yg jaga blik tu..sbb tgn udah rpa popeye...besar sblh..sbb tsalh ccuk tu..


Then msa kat blik tu..tggal dktr ada 3 org,nurse 2org n suami pun peneman isterinya ni...then smua wayr2 da dipsang...msa tu die bg alat apa ye..lupa plak namanya..yg pkaikat idung tu ..then msa pkai tu..pergh udah nmpk bintang2 bagai..mata da lalok..tp sakitnye teramat2...sekejab2 kene enjict..n tmbh air..time2 tulk perut lapar ...dgn nk buang air besar....dan -dan tulah nk buang...siap nk bgun dr katil...tp nurse ngn dktr tu siap cakap "puan tu bukan nk buang air,tp puan da nk bersalin dah tu"...adoii..msa tu rsa cam..xterkata sakitnye..abis tgn suami lebam2 dek cubitan penahan sakit oleh isterinya...ahaha..nsb rambut die xpjg.kalu idak mmg ku tarik dah...ahahaha...baju die jgn cakaplah..mmg asik kene tarik..siap suami kata "cubit lah yang kuat2 pun..koyak baju ni kang mcmana"...ahaha...buatlah lawak macamana pun bang...xtergelak pong..huhuhu..kejab2 dktr keluar msuk buat bukaan paksaan..lastly hanya blh buka 6cm shja...tetiba degupan jantung bb smakin menurun...n dktr bgtau suami kene cepat2 sbb bb da hmpir lemas..time tu rsa nk tercabut nyawa..sbb memikirkan keadaan anak..sempat jab...maknye ni jerit."dktr cepat selamatkan ank sy dktr..."...alih2 dtg nurse tukarkan bju operate...then smua berlari tolakkan diri ni ke dlm bilik operate,,sign utk operate pun da ntah apa2,...uhuhu..sbb memikirkan sakit yg amat2..dgn pkkan keadaaan bb...msa da smpai kat bilik tu...msa nk pindahkan dri katil yg ditolak ke katil lg 1...tetiba ctraction yg amat2 sgt...smpai smua terkedu sbb tetiba cam badan ni kejang..alih2...diorg kata coolkn diri dlu..then bru diorg angkat n pakar bius yg dduk hujung kepala..mulakan tugas cari tmpt yg nk dienjit,manakala yg dktr nk belah kat hujung kaki bersama pisau2 yg ada...huhuhu...

Tetiba separuh bdan ke bwh udah rsa kebas2..so operasi membelah mula dijlnkan..pakar bius plak sekejab2 tyer..ok x.."dktr sy xde rsa apa2...skang sy ok lg"..hehe...ceis berlagak time tu...sbb lps inject bius tu..ctraction automatik xde rsa lgsg..hehe...then tiba2 dgr..suara bb...time tu trsa ada sst ditarik keluar dr perut...time tu tetiba air mata ngalir...pakar bius gelabah tyer..."puan ada rsa sakit ke"...ahaha mesti dktr tu takutkan kalau bius die xberkesan....terus dirini jwb.."no,sy suker sbb ank sy da selamat keluar"...terus dktr tu gelak n wish tahniah...hehehe...tpikan msa dktr angkat tggi bb tu..kulihat itam..dlm ati tetiba cakap.."alamak ank aku itam ke(al-maklumlahkan suker kicap msa pregnant)...tp xpelah syukur jelah"...da keluar time tu.smua staff tmasuk dktr blh plak main2 dlu dgn ankku..then bru di beri pd maknye ni...ahaha..rupanya yg kuperasan itam tu adalah rmbut ankku..die putih(time tulh)..hehe...nurse tyer.."puan boy or girl"...haruslh boy..sbb pistolnye..hehe...then lps tu..dirini kene tolak ke 1 tmpt utk diorg bg cam 1 alat vacum yg besar yg amat...kire utk panaskan balik bdan ni..sbb time tu seluruh bdan da mggigil...smpai je kat wad..suami terus cium dahini n cakap terima ksih..aik bang t.kasih jek..xde apa2 ke...hehehe...


Hah..itulah rentetan kelahiran putera hati kami..IRFAN HAKIMI yg kini sudah nk masuk 4 bln"...:)..nnti smbg lg ye..ngntuklh plak..sbb mlm td sesi si kimi ni ngorek mata mak die..camnele mak die nk tido,bertuah tau ankku ini..:):):)

Monday, March 7, 2011

~~28 Tahun~~

Alhamdulillah syukur ya Allah...diri ini masih boleh menikmati segala kurniaan Allah yg Maha Esa...:):):)..Malah dapat menikmati kelebihan mengandungkan anak sulung kami..dengan pelbagai dugaan yang mencabar..Wahai anakku, mama ngn abah tak sabar menunggu kehadiran mu nak..(tak sabar nk cobit die ni..hehe)..

Semalam 7 mac adalah hari kelahiran ku di dunia ini..siap sy cakap dgn suami..begini agaknye keadaan mak msa ngandungkan saya dulu..n pda date yg sama sy plak tgh mengandungkan ank kami ini..tqvm ye mak..:).Pagi pkul 2 pg angah sy da bg msg..wish tahniah..kebetulan bday sy jatuh sama date dgn anniversary die...n kwn pertama yg wish adalah mira...junior sy masa belajar dlu..

Sudah tentunya...org pertama yg wish sy adalah suami saya..Musa Wahab...huhu..syahdu rsa...tepat pkul 12..die kejutkan sy..smbil nyanyi lagu bday ye..huhu..alamak syahdunye yg amat..ni masuk thn kali ke 3 die nyanyikan lgu bday..thn pertama..sbg kengkawan je..then 8 mac pertama kali keluar bersama jmpa kat alamanda..ditemani kwn sy..pn ama...kali kedua sebagai tunangan...ni kali ke 3..sbg isteri dan ibu kepada anak beliau..Syukur Alhamdulillah...tq bang..

Pagi2 esoknye pulak saya dapat msg dr semua adik beradik, ipar duai n kengkawan...mak pun call..terus nyanyi lagu bday utk sy..mak siap cakap.."alahai napale ank ko xnk keluar lg ni dik..kalau x..dah sama sgt2 dah..xpele..die blm puas dlm perut adik lg tu"...Then beberapa minit lps tu mak mertua plak call..pun terus2 nyanyi lagu bday...huhu...i terkejot ok...sbb sy xpenh dgr mak mertua sy nyanyi..hehe,,..lagi touching rsa...pun ayat yg serupa.."bilelah cucu mak ni nak keluar"..huhu...alamak soklan yg xdpt jwb buat masa ni..

Then pd facebook byk ucapan dr kengkawan...tq ye smua...sgt terharu..walaupun masa tu pggang n perut ni sakit yg amat2...tpi nahan jele..ni mesti budak tecit dlm perut ni tgh nk buat jalan..hehe...mama redha nak..buatle apapun..janji nnti kt blh bersua muka...huhu..

Erm...lupa nak citer..ari ahad..best frenz sy..nyah,amuna dan ab bersama family masing2 buat jamuan makan2 utk kami yg lahir pd bln ni..alahai bestnye dpt berkumpul bersama2..sori ye kengkawan..pergerakan sy byk terbatas..huhuhu..plak dpt beronline dgn itu sifu ku dr jepun ..cik ezi..rsa kt cam dekat je kan cik..hehe..kalau ada cik n si debab cik tu lg meriah..insyaAllah ye mudah2an kt dpt berkumpul bersama...:)

Doa sy sempena ulang tahun ni adalah..moga tahun ni mmberi kenikmatan dan rezki berganda pada kami sekeluarga...dan paling penting diberi kesihatan yg baik...bg sy nikmat kesihatan adalah yg paling2 berharga..kerana sebelum ini sy pernah melaluinya..huhu...dan di samping itu, moga-moga saya dipermudahkan bersalin kelak..kami dua2 selamat sejahtera...Amin ya Rabbal alamin..


::Hatini ini berkata>>BB..kalu nk keluar bg hint ye..ni asik bg signal yg samar2 jek..mama xtau ni sakit nk bersalin ke ...sakit besee ke..huhu..jgn main cak2 waktu2 skang ye..kt main cak2 time da keluar ye syg,,:)

Tuesday, February 22, 2011

~~9 Bulan~~

Syukur Alhamdulillah...kini kandungan ini sudah 9 bulan...sudah berada di penghujung..Alahai anak...tak sabar rasa hati ini mama ngan abah menunggu mu...kami sentiasa berdoa agar dirimu sempurna,sihat dan menjadi anak yang soleh.

Kalau diikutkan kalendar ni..saya ada lagi 19 hari utk smpai ke hari due..pejam celik...pejam celik..rsa dipenghujung ni cam kejab je..cuber masa mula2 dulu..ya Allah...mmg dugaan rasanya..Apapun Allah Mengetahui dugaan n cubaan yang diturunkan pada hamba2Nyakan..

Sebelum-sebelum ni..mmg selalu cakap pd bb..keluar 7mac ye..hehe...tpi 1 day tu suami kata "pujuklah bb tu keluar..sian abg tgok isteri abg da nampak cam tak larat..lagipun ramai kwn sesaing da meletup semua"...huhu..masa tu pk2 gak...ikhlas ke dirini nk cakap macamtu..huhu

Then lps solat magrib..tetiba terasa ati nk cakap dgn bb.."keluarlah nak...andai itu yang terbaik buat kt berdua..mama n abah nak main dgn kamu kat luar ni.."...uwarghh tetiba bergenang rasa...sbb akhirnya....redha dlm hati utk keluarkan bb dr perut ni timbul jua..


Then esoknye...waktu senja camtu tgh berus gigi,tetiba rasa ada air keluar...owh..air itu sudah keluar..plak tetiba perut n pinggang rasa sakit yg amat2...Mulalah suami ajak saya ke hospital putrajaya untuk check lebih detail lg...


Dalam perjalan ke sana ...sakitnya ya Allah...sungguh2lah hai...Then sampai je hospital...ada kertas tulis "wad telah penuh"...uwarghh..risaunye hati masa tu..nurse tu kata..xpelah memandang org putrajaya jugak..kt checklah dulu..tengok macamne..Masa tu nurse dan doktor da siap2 bg kain..dan diorg buatlh "kerja" yang sepatutnya..diorg kata bukaan blm buka apa lg..tpi contraction kerap...n diorg risau ..so masa tu jugak scan bb plak..msa scan tgok air ketuban masih banyak lg n kedudukan, uri dan jantung bb masih stabil lagi...

Diorg cadangkan transfer kan kes ni terus ke hospital kajang terus..sy bertanya..sure ke ada action dari diorg atau still nk godek sana sini..dktr balas..katanya..kalau bukaan takde..terpaksa di operate...uwarghh dengar operate terus sy kata nk bincang dgn suami..then lps abis bincang tu..kami amik keputusan untuk balik dlu...n in case trun tanda lagi..kami akan terus ke hospital lagi..selepas itu sy perlu menandatangi surat tanggung risiko sendiri..dalam hati ni berdoa ..moga2 Allah selamatkan dan mudahkan urusan kami ini...Ada srg dktr ..rsa ni dktr baru kot die mmg dr awal smpai ke akhir di wad tu..asik pesan kat saya minta terus ke hospital kajang jugak..die takut andai sst berlaku...

Erm..waktu tu saya da nekad...insyaAllah xde apa yg akan berlaku...dan smpai ke arini..blm ada apa2 tanda turun lagi...cumer sakitnya sudah semakin kerap...Apapun ku pohon pada yang Maha Esa...Moga dipermudakan dan kami berdua selamat dalam bakal mengharungi tempoh bersalin nanti...Amin...doakan saya juga ye kawan2..:):):)..

::Hatini ini berkata>>Tak sabar plak rsa nk jmpa bb..makin lama..rsa makin risau plak...:):):)

Friday, January 28, 2011

~Coret2 Sempena Cuti~~

Erm lama rasanya tak menaip kat sini...yelah kadang rsa cam agak kalut sikit sejak kene pegang sistem kewangan ni...erm mana nk settlekan sistem yg sedia ada...mana nk solvekan problem user berkaitan kewangan...mmg harap sgt dpt le selesaikn sistem mymeeting...walau xdele dapat siapkan 100%..yelah..insyaAllah ada rezki lps ni sy bakal mengambil cuti 3 bln...

3 bulan??owwhh sy hampir ke situ ye rupanya....anak mama da nk keluar ye syg..:)...mama ngan abah mhitung ari je sekarang ni...Alahaii...syg mama ni da nak jumpa kami ye di alam nyata...tetiba ati ni rsa cam sayu sebab...tak lama lagi kt da tak bkgsi 1 rasa, 1 perasaan dan segala2nye yg dkgsi selama ni...:(:(:(...erm,tu ari berbual dgn suami...si suami kata..hargailah masa2 yg ada ni bersama anak...lps ni xtau bile lagi dpt rsa macam tu..alahai syahdunyee...


Sekarang ni tgn/kaki baby da mula smpai ke pggang...rsa macam die cuit2 je pggang ni...mak mertua pernahkata...nnti 8 bln die krg aktif...tpi serasa kami suami isteri..die semakin aktif...tu ari pyer aktif dlm pkul 3 pagi camtu...sampai mengalir air mata ni sbb agaknye si baby buat akrobatik yg amat2 aktif ye syg...smpai rsa pggang n belakang cam nk tercabut...Tambahan plak sekarang ni stp mlm pasti saya terjaga..samada mahu membuang air kecik atau mimpi2 yg bukan2...smpai opis kepala rsa berdenyut...erm tpi ati perlu kental jugak ke opis sbb sebolehnye sy mahu menyiapkan keje selagi sempat..


Hari khamis tu plak seperti biasa pi check up sambil ditemani suami tersayang...kami berdua mengambil cuti pada hari tersebut kerana saya perlu minum air gula untuk check samada mhidapi kencingmanis atau x...smbil tggu nama dipanggil, jeling2 jugak ke arah suami yang dengan selamba duduk kat tepi2 jln...alahai syahdu ati waktu tu sbb rsa ati amat bersyukur pd Allah...die menemani sy di kala sy perlukan die...saya da cakap ari sebelum tu..die tak perlu ambil cuti kerana saya boleh je pi sesorang..tpi katanya..xpelah die mahu menemani sy...n yang paling syahdu...lps sy da blh dibukakan puasa 'minum air gula'..tetiba die kata die lapar...uwarghh rupanya die pun berpuasa spjg sy berposa...alahai suamiku...sy ingt die da ambik sarapan pg tu..apapun syukur...result aritu menandakan sy tdk perlu lagi minum air gula buat kali ke 3...Syukur Ya Allah...:)

Nurse telah berpesan beberapa kali...siapkan baju awal2 ye di dalam kereta..n kemana saje pergi...pastikan buku pink ada bersama-sama..owh itu harusss puan nurse..buku pink sudah menjadi kwn baik sy di waktu2 ini..hehe..nurse pun pesan jangan stress...erm terpk plak tetiba ada ke riak2 di muka ini seperti org yg dlm kestressan..huhu...sbb kata nurse nnti effect kat baby..lagi2 tempoh mhitung hari ni..insyaAllah nurse sy cuber kawal demi si tecit...Masa nk nurse nk check degupan jantung baby..cam biasa...si tecit ni pi kick tgn nurse...terkejut nurse..hehe..siap die cakap..wah aktif sgt ye die dlm ni...ssh nk cari point sebenar degupan die tu bile ke aktifannye berlaku.. hehe..ank sy ni dgn pmpuan bukan kemahin...cuber kalau dktr lelaki...diam saje die...gatai ye kamu syg..;)Erm oklah nk makan nasi sat...mak buatkan kuah asam bendi..buat selusuh mudah bersalin katanya...huhu

::Hatini ini berkata>>Moga selamat perjalan pergi dan balik suami sy ke pahang arini mhantar pengantin..:)

Tuesday, January 4, 2011

~~Tahun Baru 2011~~

Syukur..Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk merasai nikmat kehidupan ini...Terima kasih Allah...

..Kehidupan yang lepas 2010....

Tahun yg sy rasa penuh juga liku2 asam garam kehidupannya...Awal thn 2010...kebizian yg terlampau-lampau..yelah..semua keje nk kene siapkan before nk cuti kawenkan...pulak bercampur aduk sekali dengan persediaan majlis perkahwinannya lagi..dengan nak stabilkan kehidupan tanpa ayah...agak terasa mencabar jugak..Tapi Syukur Allah beri kekuatan untuk melaluinya..:)

Setelah habis setengah tahun...sy dan suami dikurniakan Allah anugerah yang tak ternilai ertinya...iaitu si tecit di dalam perut ni...Nikmat ini disertai dengan dugaan 'mabuk cinta' yang super duper..huhu..Apapun syukur juga sebab tak semua boleh merasainya kan..Moga Allah memberi lagi kekuatan untuk melaluinya dalam perkongsian 'bersama' saya dan si tecit dalam beberapa bulan lagi...Amin..


..Kehidupan Mendatang 2011...

Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik...dipermudahkan segala urusan...dipermudahkan n diperbanyakkan rezeki...dan yang paling terdekat adalah dipermudahkan dan selamat pd both of us bersalin nnti samada bln 2 atau bln 3 ni..Amin...dan tak lupa juga diberi semangat,kesabaran dan kekuatan dalam pencarian rezeki ini...tambahan pula dengan kedudukan ruang keje sy yg bru ini..yang "selesa,aman,sentosa" ini...huhu..apapun tq jugak pada yang arrange kedudukan bru sy ini ye dan task bru yang perghh sgguh 'seronok'..bak kata mama adam ...'i like'..ahahha...walaupun dlm ati rasa..sebaliknya...huhu..xpelah Allah itu Maha Adilkan..Moga2 ada peluang lain yang terbaik..Amin


::Hatini ini berkata>>Semakin hari, semakin mencabar dengan perubahan si tecit di dalam perut mamanya ini ye..Semakin hari semakin sayang...mmuaahh pd si tecit..:)