Wednesday, August 10, 2011

Blog putera saya

hai..ni add putera sy...ni semua idea abah dielah ni...aishhh....ikutkan jelah buat utk ank kesayangan kami ni..ni alamatnya..http://irfanhakimi.blogspot.com....ada masa jenguk2lah di situ ye..:)

PUTERA DI HATI KAMI..:)...4 BLN LEBIH...LUV U YAYANG..



DOA DARI AL-QURAN UNTUK KEBAIKAN ZURIAT





Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2
Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia. Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.
Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?
Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik. Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka. Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH. Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.
Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan, ayat 74. Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.
Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik dari al-Quran yang mulia. Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)



رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)


رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.
wAllahu Ta’ala A’lam.

MINTALAH DGN ALLAH

MINTALAH DENGAN ALLAH.

Cerita ni sy ambil dr blog ni>>http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/03/mintalah-dengan-allah.html....maaf ye sy cilok...sbb sy sukerlah isinye...moga jd panduan pd kt semua..insyaAllah..


Di dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah… 12.15 tengahari.
“Cukup tak 2 ringgit?” Saya bertanya kepada Nabilah dan Husna tentang duit belanja sekolah.
“Cukup, Abah” Jawab mereka berdua.
“Kalau nak lebih bagus, jangan habiskan duit tu. Simpan sikit tau, masuk tabung” Saya mencadangkan kepada anak-anak saya.
“Kalau tak cukup, mintalah dengan ALLAH. Jangan minta dengan Abah lagi, minta dengan ALLAH dulu.” Saya menyambung lagi.
“Macam mana pulak minta dengan ALLAH? Takkan ALLAH nak bagi duit jatuh dari langit?” Husna bertanya kehairanan.
“Mintalah dari ALLAH. Nanti insyaALLAH, ALLAH akan beri duit tu pada Abah. Bolehlah Abah bagi kat Nabilah dan Husna” Saya menjawab pertanyaan Husna.
“Tak fahamlah Abah” Husna bertanya kembali. Nabilah pula mendengar dengan teliti. Berbanding Husna, kakaknya Nabilah memang tidak banyak cakap. Nabilah lebih suka mendengar.
“Begini, jika Nabilah dan Husna minta kepada ALLAH, nanti insyaALLAH ALLAH akan bagi rezeki yang baik kepada Abah. Bila Abah dapat rezeki, ada duit yang lebih, jadi Abah bolehlah bagi duit tu kat Nabilah dengan Husna.”Jelas saya mengharapkan mereka faham.
“Oooo… macam tu.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab sambil mengangguk senyum.
“Takkanlah ALLAH nak bagi duit dari langit kat Abah…” Gurau saya.
“Hehehe… ye tak ye jugak” Husna tertawa, diikuti Nabilah.
“Tapi kalau ALLAH nak bagi duit tu dari langit, boleh tak? Tentulah boleh kan… Sebab ALLAH Maha Kuasa, ALLAH boleh buat apa sahaja yang ALLAH nak. Tapi, ikutkan lojik dan cara yang biasa, ALLAH tak bagilah macam tu kan…” Saya memberikan penjelasan lanjut supaya mereka dibajai iman bahawa ALLAH Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja.
Nabilah dan Husna mengangguk sekali-sekala.
“Anak-anak Abah, kita ni kalau nak minta apa-apa, mintalah dengan ALLAH, jangan minta dari orang lain. Minta dengan ALLAH dulu. Cuba Nabilah dan Husna fikir, ni Abah tengah bawa kereta ni, tiba-tiba kalau kereta rosak di tengah jalan, macam mana? Haaa… Abah akan do’a minta pada ALLAH agar ALLAH beri pertolongan dan permudahkan Abah. Mungkin ALLAH akan gerakkan orang yang lalu-lalang di situ untuk tawarkan pertolongan, mungkin…” Jelas saya.
“Dan kalaulah ada motor atau kereta lain rosak di hadapan sana, dan orang tu doa kepada ALLAH. Nanti ALLAH akan campakkan rasa kasihan dan lapang masa kepada Abah atau orang-orang lain yang akan lalu di kawasan itu untuk bantu orang tu…insyaALLAH” Tambah saya memberikan penjelasan sambil memandu kereta untuk menghantar Nabilah dan Husna ke sekolah kebangsaan sesi petang.
“Kalau Husna nak buku cerita pun, minta dengan ALLAH?’ Tiba-tiba Husna mencelah untuk menduga.
“Ya, mintalah dengan ALLAH dulu. InsyaALLAH, mungkin ALLAH akan beri ilham dan lembutkan hati Abah untuk membelinya, malah diberi pula kelapangan dari sudut kewangan oleh ALLAH kepada Abah. Jadi, dapatlah Abah beli buku cerita untuk Husna.” Jawab saya.
“OK, kalau macam tu Husna nak doa kat ALLAH lah… hehehe…” Segera Husna merespon dengan nada yang riang. Nabilah ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan.
“Dan kalau Nabilah dan Husna sakit atau pening, mintalah dari ALLAH untuk sembuhkan sebelum dapatkan ubat. Sebab DIA sahaja yang mampu menyembuhkan. DIA dengar, DIA tahu… Jadi, anak-anak Abah, mintalah dengan ALLAH kalau hendak apa-apa ye…” Sambung saya sambil memberikan kesimpulan.
… … …
“Cakaplah lagi…!!!” Tiba-tiba Faisal bersuara. Rupa-rupanya Faisal yang duduk di barisan paling belakang kereta sejak dari tadi mendengar perbualan kami bertiga tanpa bersuara. Ingatkan dia sibuk buat kerjanya di belakang sana.
“Haaa…macam Faisal, kalau Faisal nak mainan ke, coklat ke, gula-gula ke, Faisal mintalah dengan ALLAH.” Ujar saya sambil menjeling cermin pandang belakang untuk melihat Faisal.
“Takkan Faisal nak terbang kat atas awan nak jumpa ALLAH? Faisal tak pandai terbang…” Faisal yang berumur genap 4 tahun merespon dengan selamba.
“Oh, Faisal tak payah terbang. Faisal doa je kat ALLAH. Faisal tadah tangan, mintaklah pada ALLAH apa-apa yang Faisal nak. InsyaALLAH nanti ALLAH akan beri rasa sayang Abah kat Faisal, rasa kesian Abah kat Faisal, lepas tu nanti bolehlah Abah belikan untuk Faisal apa-apa yang Faisal bagitau kat ALLAH, insyaALLAH…” Respon saya kepada Faisal.
Mulalah Faisal senaraikan apa-apa yang dia mahukan. Dia kata nak itu, nak ini. Saya katakan padanya, “Faisal mintalah dengan ALLAH ye…”.
“OK Nabilah, Husna… dah sampai sekolah dah ni…” Nabilah dan Husna pun bersiap-siap dan bersedia meninggalkan saya, uminya, Faisal dan Jannah di dalam kereta, mengorak langkah ke sekolah.
Oh ALLAH, KAU peliharalah anak-anakku, amin…